Event

aidilfitri 1432 & sms wish

Selamat Hari raya. Ribuan ampun n kemaafan di hari yg mulia ini
– shamsul & family ( 19:51)

Satukan tangan, satukan hati, Itulah indahnya Silaturahim, Dihari kemenangan kita pandukan, Keikhlasan untuk saling memaafkan, :-)SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI:) Maaf Zahir Batin.
– Dari Arnie, rizal, adam & najihah (17:28)

Selamat Hari Raya Aidil Maaf Zahir Batin semoga sejahtera & gembira sentiasa
– ikhlas dr Fandy Alias Belbis Sdn Bhd & Restoran Istana Bambu (16:09)

Sempena aidilfitri ini,.sepuluh jari dhulur mohon kemaafan sekiranya ada tkasar bahasa dan tgkh laku yg mguris perasaan..moga dgn khdrn lebaran dpt mgeratkan lg silatulrahim antara kita..,
– Ijah (11:15)

Assalamualaikum.., Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin semoga kita semua dirahmati Allah swt dan bergembira di hari lebaran ini bersama keluarga.
– Ingatan ikhlas drpd.  Rapar Ripin dan keluarga di Melaka. (10:08)

Salam lebaran dari kami sekeluarga di Sandakan Sabah
-KayO (08:14)

D90, Event, Nikon

cuti-cuti malaysia : welcome to cameron highlands (part 1)

Gua dengan guru silat dah lama plan nak pergi cameron ni…bawak staf pergi jalan-jalan makan angin.

Lepas guru silat bagi 2-3 buah pukul then gua support dengan hujah-hujah ilmiah dari kitab pelayaran Ibnu Batutah iaitu Tuhfah Al-Nuzzar fi Ghara’ib Al-Amsar wa Ajaib Al Asfar (Persembahan Seorang Pengamat Tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan Yang Mengkagumkan), akhirnya big bos bagi lulus paperwork percutian kita orang. Bos pun pikir 3-4 kali nak reject; takde masa dia nak lipat balik guru silat punya buah pukul then cari kitab lain nak sanggah Ibnu Batutah.

Group cuti-cuti Malaysia ni 20 orang. Naik Cameron 4hb, turun 6hb..kira macam program tv 3H2M tu la . Guru silat selaku ketua rombongan & gua assistant ketua. Paperwork asal plan nak naik Air Asia, tapi gua kasi ingat sama ketua rombongan…Tony Fernandez baru apply permit nak landing Cameron. So pergi naik bas je la. Dari office kita orang gerak pukul 3.30 petang. Naik Cameron ikut Tapah. Pendakian awal dari Tapah semua steady, macam dah biasa je naik. Padahal jalan Tapah-Cameron tu macam Bukit Putus. Silap-silap boleh putus urat kepala dia punya pening. Lagi 10 KM nak sampai Tanah Rata semua dah senyap dalam bas. Masing-masing control pening. At last dalam 8.30 malam sampai dekat Berinchang then check-in dekat Hotel Titiwangsa.

Night view from my room

Day view from my room

Front view of the hotel

Event

D90 + Photoshop CS3 = wedding composition

Gua secara automatic telah dilantik sebagai photographer rasmi (baca ‘free’) untuk wedding cousin gua.

Cousin gua ni buat kenduri kat umah dia 07 Jun 2009 ari tu. Kalau orang lain la yang mintak jadi free photographer ni, sorry la gua nak layan. Gua pakai Nikon D90 la beb (lens Nikkor 18-105mm VR), skills Photoshop gua intermediate. Paling kurang gua charge RM 600.00 (1 day shoot). Tu kira harga member-member. Tapi mengenangkan cousin paling close; kecik-kecik sama-sama main banjir…berenang cross sungai tak pakai life jacket, sama-sama berebut beli tiket wayang waktu raya ke-2…so apa sangat la nilai RM 600.00 tu.

wedding-composition