Money Matters

aidilfitri 1429H..duit raya & uncle Google

After ten days break for aidilfitri 1429H holiday, today i’m entering the office.
Gua start cuti raya ari tu dari 27 September sampai 6 Oktober. Raya tahun ni macam yang lepas-lepas juga gua beraya kat Pahang dan kat Johor. Tapi tahun ni giliran raya umah mak gua dulu hehehe. Raya kedua baru balik beraya umah mak mem gua.
Hari raya dengan duit raya bagi gua memang tak bole pisah, dah mcm kembar siam. This is base on my childhood experience. Dulu time gua kecik-kecik raya je memang time kumpul duit. Sekarang ni dah tiba giliran gua pulak la bagi duit raya kat budak-budak. Kalau nak bagi duit raya kat budak-budak sekarang repo kena jaga…tak mcm zaman gua kecik-kecik dulu bole hulur duit direct je. Duit kena baru then kena ada sampul..baru ada style. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ni gua dengan mem gua suka kumpul sampul duit raya. Macam-macam design ada…mostly dapat dari bank la time tukar duit baru tu.

Cuti raya panjang ari tu memang cabaran buat gua sebagai seorang yang analytical. No internet connection kat umah mak gua atau umah mak mem gua. 3 hari pertama kat umah, gua bole bertahan lagi..sabar..maklumla pose lagi kan. Masuk ari ke-4 indicator kesabaran gua menurun. 1 syawal lepas solat aidilfitri gua dah gigil…otak gua memang rasa tepu. No new input for my brain…really miss my uncle Google. Do I need to subscribe any wireless broadband ?

Money Matters

kiriman wang dan Kerajaan Malaysia

Last week auntie gua call dari kampung bagi tau dia dapat surat saman dari Jabatan Peguam Negara.
Ni kes gua tak settle lagi bayar hutang study dengan JPA la. Sian auntie gua kena naik court pasal jadi penjamin. Secara automatik gua pun kena naik court pasal gua yang pinjam duit. Kalau gua naik court..masuk kandang salah, reputasi gua selaku bassist Firehosereel akan terjejas. Apa pulak nanti member-member band gua cakap. Ini tak bole dibiarkan. Gua kena cargas settle kes ni. Gua keluarkan semua buku bank yang gua ada. Kira punya kira…nasib baik cukup nak settle hutang + lawyer fees. Ribu-riban gak la terbang duit gua.
Lepas draw duit dekat CIMB, gua pegi post office buat money order bayaran atas nama KERAJAAN MALAYSIA.
3 kali awek post office tu tanya gua “betul ke encik nak bayar atas nama KERAJAAN MALAYSIA”. Gua cakap betul la..kenapa, ada apa-apa masalah ke? Dia jawab sejak dia kerja tak penah lagi ada orang buat bayaran kat KERAJAAN MALAYSIA. Gua dengan confident..muka selamba dan volume suara 8 (nak bagi customer lain dengar la) bg tau dia “KERAJAAN MALAYSIA dah takde duit sekarang..tu yang nak pau orang je…lepas ni ada lagi la yang datang buat money order macam saya ni”. Awek tu sengeh je dengar gua sound cam tu. Puas hati gua hari ni dapat release tekanan harga minyak naik dekat post office.