D90, Event, Nikon

cuti-cuti malaysia : welcome to cameron highlands (part 1)

Gua dengan guru silat dah lama plan nak pergi cameron ni…bawak staf pergi jalan-jalan makan angin.

Lepas guru silat bagi 2-3 buah pukul then gua support dengan hujah-hujah ilmiah dari kitab pelayaran Ibnu Batutah iaitu Tuhfah Al-Nuzzar fi Ghara’ib Al-Amsar wa Ajaib Al Asfar (Persembahan Seorang Pengamat Tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan Yang Mengkagumkan), akhirnya big bos bagi lulus paperwork percutian kita orang. Bos pun pikir 3-4 kali nak reject; takde masa dia nak lipat balik guru silat punya buah pukul then cari kitab lain nak sanggah Ibnu Batutah.

Group cuti-cuti Malaysia ni 20 orang. Naik Cameron 4hb, turun 6hb..kira macam program tv 3H2M tu la . Guru silat selaku ketua rombongan & gua assistant ketua. Paperwork asal plan nak naik Air Asia, tapi gua kasi ingat sama ketua rombongan…Tony Fernandez baru apply permit nak landing Cameron. So pergi naik bas je la. Dari office kita orang gerak pukul 3.30 petang. Naik Cameron ikut Tapah. Pendakian awal dari Tapah semua steady, macam dah biasa je naik. Padahal jalan Tapah-Cameron tu macam Bukit Putus. Silap-silap boleh putus urat kepala dia punya pening. Lagi 10 KM nak sampai Tanah Rata semua dah senyap dalam bas. Masing-masing control pening. At last dalam 8.30 malam sampai dekat Berinchang then check-in dekat Hotel Titiwangsa.

Night view from my room

Day view from my room

Front view of the hotel

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s