Archive for October, 2008

13
Oct
08

ribut dan cinnamomum iners

Gua sampai office pagi ni dalam pukul 6.55 a.m. Makcik indon office cleaner gua tu macam biasa, sebelum pukul 7 a.m. mesti tengah sapu sampah dekat private parking kuda besi gua. Gua suspect makcik indon ni akan rasa bersalah yang amat sangat kalau gua sampai tapi parking kuda besi gua tu bersepah dengan daun/sampah.
On the way dari parking nak naik ke office…gua terperanjat!! Ada sebatang pokok kayu manis (Cinnamomum iners) telah rebah ke bumi. Dalam keadaan berhati-hati gua menghampiri pokok kayu manis tu. Siasatan mata kasar gua mendapati tiada unsur-unsur sabotaj/khianat yang menyebabkan pokok tu tumbang. Bahagian pangkal pokok didapati telah patah. Semalam memang hujan lebat area office gua ni.

Analisis gua : Memang tak syak lagi, ribut yang kuat menyebabkan pokok ni tumbang. Struktur kanopi pokok yang agak rimbun dan tinggi mungkin menyebabkan batang pokok tak dapat menahan daya tolakan ribut yang terlalu ganas semalam. Analisis detail kenapa pokok kayu manis ni tumbang mungkin boleh diulas oleh 2 orang expert pokok kat tempat gua. Sorang tu pakar plant root system dan sorang lagi tu pakar tree biomechanic. Cinnamomum iners…born in 2001, RIP October 13, 2008.

10
Oct
08

foss.my 2008

Gua nak war-warkan pasal satu Open Source event kat tanahair kita ni pada 8 & 9 November nanti.
Apa jadahnya FOSS.my 2008 ni?
Menurut laman web rasmi event ni, FOSS.my 2008 ada kelainan compare dengan lain-lain IT event pasal penganjur focus pada non-commercial FOSS. Sasaran penganjur adalah untuk menjadikan event ni sebagai satu acara tahunan yang akan mengumpulkan profesional dan peminat FOSS dari Malaysia, Singapura dan lain-lain negara pada konferen 2 hari tersebut.
Banyak cerita takde…ni tentatif program dan register form untuk FOSS.my 2008 !!

09
Oct
08

CSL DS51-my new gadget

Gua memang kureng-into sikit la pasal gadget-design ni.
Bagi gua yang penting function. Apa cerita design macam kapal angkasa ultraman taro tapi function fail.

Ni suma pasal gua punya Sony Ericsson J110i buat hal. Gua beli J110i tu Mac 2008…still under warranty tapi malfunction. Boleh ke time tengah buat call/sms tiba-tiba network tak ada. Angin betul gua. Satu pantang gua bila angin satu badan…kalau gua tak musnahkan benda yang gua angin tu, gua akan cool abis. 2 pilihan jer. J110i gua tu nyaris gua hempaskan petang raya ke-6. Tapi mengenangkan gua masih berada di bulan kemenangan…gua sabar…cool tak jadi hempas. So gua decide beli baru jer.

Memandangkan gua dah banyak juga berhabis raya hari tu, budget untuk new gadget ni pun ciput je. Semalam dengan semangat yang berkobar-kobar gua ajak ustad (anak murid gua) survey replacement gadget kat Mines.  Ustad suggest Nokia & Sony Ericsson. Nokia ni memang gua tak bole masyuk dari dulu. Tak tau kenapa. Pada hal Nokia user punya la ramai kat Malaysia ni. Actually gua memang dah aim Motorola. Kalau Motorola tak bole blah baru gua angkat Sony Ericsson.  Kalau kat Mines ni gua suka layan kedai SB Communication. Service ok & new set semua ori. Gua tanya mamat sales tu yang dual sim nya model. Dia tunjuk a few CSL models. CSL ni gua dah aim sebelum puasa lagi. Design dia biasa-biasa je tapi function dual sim tu yang buat perasaan gua tak tentu arah. Gua ada 2 simcard. Setiap kali gua nak switch service, gua kena off phone gua then tukar sim. Tak praktikal langsung. Ada yang suggest gua pakai 2 phone. Ni lagi kelakar bagi gua. Takkan poket gua kiri kanan isi phone…dah macam koboi. Mamat sales tu suggest 3 model CSL. Model yang gua survey sebelum puasa tu lepas habis ayat pun still lari budget. Dia suggest gua angkat model DS51. Mamat sales tu bagi tau model ni baru launch sempena Merdeka. Harga memang over budget tapi selepas gua dan ustad keluarkan ayat-ayat berbisa kita org, akhirnya gua dapat gadget baru gua.

Technology Review : CSL DS51

07
Oct
08

aidilfitri 1429H..duit raya & uncle Google

After ten days break for aidilfitri 1429H holiday, today i’m entering the office.
Gua start cuti raya ari tu dari 27 September sampai 6 Oktober. Raya tahun ni macam yang lepas-lepas juga gua beraya kat Pahang dan kat Johor. Tapi tahun ni giliran raya umah mak gua dulu hehehe. Raya kedua baru balik beraya umah mak mem gua.
Hari raya dengan duit raya bagi gua memang tak bole pisah, dah mcm kembar siam. This is base on my childhood experience. Dulu time gua kecik-kecik raya je memang time kumpul duit. Sekarang ni dah tiba giliran gua pulak la bagi duit raya kat budak-budak. Kalau nak bagi duit raya kat budak-budak sekarang repo kena jaga…tak mcm zaman gua kecik-kecik dulu bole hulur duit direct je. Duit kena baru then kena ada sampul..baru ada style. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ni gua dengan mem gua suka kumpul sampul duit raya. Macam-macam design ada…mostly dapat dari bank la time tukar duit baru tu.

Cuti raya panjang ari tu memang cabaran buat gua sebagai seorang yang analytical. No internet connection kat umah mak gua atau umah mak mem gua. 3 hari pertama kat umah, gua bole bertahan lagi..sabar..maklumla pose lagi kan. Masuk ari ke-4 indicator kesabaran gua menurun. 1 syawal lepas solat aidilfitri gua dah gigil…otak gua memang rasa tepu. No new input for my brain…really miss my uncle Google. Do I need to subscribe any wireless broadband ?




 

October 2008
M T W T F S S
« Jun   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

taqwim

commercial ads.

Kedai Online

get Qassia dollar

Qassia

Blog Stats

  • 716 hits

Archives

RSS HarakahDaily

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS zaharuddin.net

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.