Archive for June, 2008

15
Jun
08

kereta kebal biru dan harga petrol baru

Semalam mem ada office family day dekat Sungai Tekala.
Boleh tahan jauh tu nak pergi..mau dalam 45 min ke 1 jam baru sampai. Gua tengok meter minyak kereta kebal gua 2 bar je (photo 1). Kena isi ni…area Tekala tu tak tentu lagi ada petrol pump. Keluar rumah dalam pukul 8, singgah petrol pump Petronas favourite gua tu. Gua hulur RM40 dekat cashier tu. Ni first time gua isi minyak kereta kebal gua dengan harga baru (photo 2). Settle isi minyak kita orang gerak ke LRT Sungai Besi amik member mem. Kena tol pulak. Dari LRT Sg. Besi gua amik Jalan Cheras-Balakong nak pergi Sg. Tekala. Kena tol lagi. Kita org sampai dekat Sg Tekala dalam pukul 9.40…sejam lebih sikit la perjalanan.

Analisis gua : Top-up RM 40, meter kereta kebal gua increase 3 bar (photo 3). Jadi 1 bar bersamaan RM 13.33 @ 4.938 liter. Kereta kebal gua kalau full tank 6 bar. Ini bersamaan RM 79.98 @ 29.628 liter. Ishh…takkan full tank dalam 30 liter je. Macam bohong je meter proton ni.

12
Jun
08

kiriman wang dan Kerajaan Malaysia

Last week auntie gua call dari kampung bagi tau dia dapat surat saman dari Jabatan Peguam Negara.
Ni kes gua tak settle lagi bayar hutang study dengan JPA la. Sian auntie gua kena naik court pasal jadi penjamin. Secara automatik gua pun kena naik court pasal gua yang pinjam duit. Kalau gua naik court..masuk kandang salah, reputasi gua selaku bassist Firehosereel akan terjejas. Apa pulak nanti member-member band gua cakap. Ini tak bole dibiarkan. Gua kena cargas settle kes ni. Gua keluarkan semua buku bank yang gua ada. Kira punya kira…nasib baik cukup nak settle hutang + lawyer fees. Ribu-riban gak la terbang duit gua.
Lepas draw duit dekat CIMB, gua pegi post office buat money order bayaran atas nama KERAJAAN MALAYSIA.
3 kali awek post office tu tanya gua “betul ke encik nak bayar atas nama KERAJAAN MALAYSIA”. Gua cakap betul la..kenapa, ada apa-apa masalah ke? Dia jawab sejak dia kerja tak penah lagi ada orang buat bayaran kat KERAJAAN MALAYSIA. Gua dengan confident..muka selamba dan volume suara 8 (nak bagi customer lain dengar la) bg tau dia “KERAJAAN MALAYSIA dah takde duit sekarang..tu yang nak pau orang je…lepas ni ada lagi la yang datang buat money order macam saya ni”. Awek tu sengeh je dengar gua sound cam tu. Puas hati gua hari ni dapat release tekanan harga minyak naik dekat post office.
06
Jun
08

kuda besi gua dan harga petrol baru-satu analisis

Semalam harga petrol naik 72 sen. Ni beban baru buat kuda besi gua yang bernama Kriss.
Pagi ni on the way pegi kejer gua singgah petrol pump Petronas dekat Jusco umah gua tu. Meter minyak kuda besi dah santak ‘E’. Gua hulur RM6 kat kaunter. Biasa-biasa kalau RM5 tu meter dah boleh ‘F’ dan cukup untuk gua survive satu minggu pegi kejer…tapi kali ni kurang satu bar nak ‘F’.Gua sespek dengan harga baru petrol ni, RM7 baru bole penuh tank kuda besi gua.

Analisis gua
: Peningkatan RM2 seminggu untuk kuda besi (bersamaan RM8 untuk sebulan, bersamaan RM96 setahun). Rebet tunai gomen untuk motorsikal 250cc ke bawah; RM150 setahun. Kiranya gua ada untung RM54 la. Bole la buat belanja pasar 1 minggu. Tapi orang lain yang kejer jauh macam KL, PJ, Shah Alam tu gua confirm rebet RM150 tu tak cukup.



 

June 2008
M T W T F S S
« Jun   Oct »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

taqwim

commercial ads.

Kedai Online

get Qassia dollar

Qassia

Blog Stats

  • 716 hits

Archives

RSS HarakahDaily

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS zaharuddin.net

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.