Gua dengan guru silat dah lama plan nak pergi cameron ni…bawak staf pergi jalan-jalan makan angin.
Lepas guru silat bagi 2-3 buah pukul then gua support dengan hujah-hujah ilmiah dari kitab pelayaran Ibnu Batutah iaitu Tuhfah Al-Nuzzar fi Ghara’ib Al-Amsar wa Ajaib Al Asfar (Persembahan Seorang Pengamat Tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan Yang Mengkagumkan), akhirnya big bos bagi lulus paperwork percutian kita orang. Bos pun pikir 3-4 kali nak reject; takde masa dia nak lipat balik guru silat punya buah pukul then cari kitab lain nak sanggah Ibnu Batutah.
Group cuti-cuti Malaysia ni 20 orang. Naik Cameron 4hb, turun 6hb..kira macam program tv 3H2M tu la . Guru silat selaku ketua rombongan & gua assistant ketua. Paperwork asal plan nak naik Air Asia, tapi gua kasi ingat sama ketua rombongan…Tony Fernandez baru apply permit nak landing Cameron. So pergi naik bas je la. Dari office kita orang gerak pukul 3.30 petang. Naik Cameron ikut Tapah. Pendakian awal dari Tapah semua steady, macam dah biasa je naik. Padahal jalan Tapah-Cameron tu macam Bukit Putus. Silap-silap boleh putus urat kepala dia punya pening. Lagi 10 KM nak sampai Tanah Rata semua dah senyap dalam bas. Masing-masing control pening. At last dalam 8.30 malam sampai dekat Berinchang then check-in dekat Hotel Titiwangsa.
Gua secara automatic telah dilantik sebagai photographer rasmi (baca ‘free’) untuk wedding cousin gua.
Cousin gua ni buat kenduri kat umah dia 07 Jun 2009 ari tu. Kalau orang lain la yang mintak jadi free photographer ni, sorry la gua nak layan. Gua pakai Nikon D90 la beb (lens Nikkor 18-105mm VR), skills Photoshop gua intermediate. Paling kurang gua charge RM 600.00 (1 day shoot). Tu kira harga member-member. Tapi mengenangkan cousin paling close; kecik-kecik sama-sama main banjir…berenang cross sungai tak pakai life jacket, sama-sama berebut beli tiket wayang waktu raya ke-2…so apa sangat la nilai RM 600.00 tu.

Gua memang suka tengok movie.
Genre pilihan gua action (ni termasuk la cerita-cerita perang, kung-fu, gaduh-gaduh yang patahkan kaki atau tanggalkan lengan), history, bibliografy, comedy (kadang-kadang la) & dokumentary. Pagi ni lepas je clock-in, gua terus bersoal jawab dengan pakcik Google gua.
Gua tengah cari movie Revolution Os (2001)…tiba2 pakcik gua ni suggest tengok dulu The Code (2003). Pakcik Google gua ni review ok gak movie ni…kira ala-ala dokumentari. Macam tau-tau je gua ni memang minat dokumentari.
Analisis gua : Gua memang OS geek.
Gua sampai office pagi ni dalam pukul 6.55 a.m. Makcik indon office cleaner gua tu macam biasa, sebelum pukul 7 a.m. mesti tengah sapu sampah dekat private parking kuda besi gua. Gua suspect makcik indon ni akan rasa bersalah yang amat sangat kalau gua sampai tapi parking kuda besi gua tu bersepah dengan daun/sampah.
On the way dari parking nak naik ke office…gua terperanjat!! Ada sebatang pokok kayu manis (Cinnamomum iners) telah rebah ke bumi. Dalam keadaan berhati-hati gua menghampiri pokok kayu manis tu. Siasatan mata kasar gua mendapati tiada unsur-unsur sabotaj/khianat yang menyebabkan pokok tu tumbang. Bahagian pangkal pokok didapati telah patah. Semalam memang hujan lebat area office gua ni.
Analisis gua : Memang tak syak lagi, ribut yang kuat menyebabkan pokok ni tumbang. Struktur kanopi pokok yang agak rimbun dan tinggi mungkin menyebabkan batang pokok tak dapat menahan daya tolakan ribut yang terlalu ganas semalam. Analisis detail kenapa pokok kayu manis ni tumbang mungkin boleh diulas oleh 2 orang expert pokok kat tempat gua. Sorang tu pakar plant root system dan sorang lagi tu pakar tree biomechanic. Cinnamomum iners…born in 2001, RIP October 13, 2008.